Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PM Dijangka Buat Pengumuman Penting Berkaitan SSPA Jumaat Ini

Perdana Menteri (PM) Datuk Anwar Ibrahim dijangka bakal buat pengumuman penting mengenai Sistem Saraan Perkhidmataan Awam (SSPA).

Memetik laporan Bernama, pengumuman itu akan diadakan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) pada Jumaat ini.

Timbalan Pengarah Kanan (Pembangunan Kompetensi) Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Datuk Dr Haniff Zainal Abidin berkata pengumuman tersebut dijangka menarik perhatian ramai, terutama penjawat awam.

“Kali ini, ramai yang pasti ternanti-nanti tentang polisi atau dasar kerajaan MADANI yang akan dibentangkan di MAPPA.
“Kali ini agak menarik kerana terdapat kemungkinan besar pengumuman penting berkaitan SSPA dan prinsip-prinsip yang perlu dilaksanakan oleh penjawat awam,” katanya dalam program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV pada Selasa.

Haniff menjelaskan bahawa MAPPA ke-19 merupakan platform bagi Perdana Menteri untuk berkongsi amanat atau dasar kerajaan dan ini merupakan penganjuran semula selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PM dijangka buat pengumuman penting berkaitan SSPA

PM Buat Pengumuman SSPA

Foto: Sinar Harian

“Kita menjangkakan sekitar 7,000 penjawat awam akan hadir untuk mendengar sendiri apa yang ingin disampaikan oleh Perdana Menteri.
“Bagi mereka yang tidak daapt hadir, mereka boleh mengikuti siaran langsung melalui pelbagai platform termasuk media sosial,” katanya.

Artikel lain: Azizulhasni Akan Dilantik Sebagai Ikon Pelancongan Terengganu – Razali Idris

Sementara itu, penganjuran MAPPA kali ini yang bertemakan Perkhidmatan Awam MADANI unik kerana sebanyak 32 reruai agensi dan kementerian akan dibuka untuk memberikan perkhidmatan kepada penjawat awam dan orang ramai.

“Reruai terbesar yang akan dibuka ialah reruai Jabatan Perkhidmatan Awam dan INTAN. Selain itu, kami jugaa menyediakan reruai Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan untuk membolehkan orang ramai membayar saman dengan harga diskaun.
“Kami juga akan mengadakan Gerai Jualan Rahmah untuk pengunjung membeli barangan keperluan pada harga lebih murah.
“MAPPA akan mula dibuka pada pukul 9 pagi dan mereka yang hadir boleh ke reruai yang ada terlebih dahulu, kerana Perdana Menteri dijangka tiba sekitar pukul 10 pagi,” ujarnya.

Haniff turut memaklumkan bahawa kawasan parkir di sekitar PICC akan dibuka dan perkhidmatan shuttle turut disediakan untuk memudahkan pergerakan mereka yang hadir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd