Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pilihan Raya Indonesia Unik, Rakyat Tanda Kertas Undi Guna Paku

Indonesia sekali lagi menarik perhatian selepas tular cara pengundian pilihan raya yang unik kerana guna paku bagi menanda kertas undi.

Menerusi satu video yang dikongsi di TikTok, @kumparan menunjukkan cara menanda kertas undi dengan betul agar undian sah.

@kumparan

Dua hari lagi pada 14 Februari 2024, masyarakat Indonesia akan menggunakan hak pilihnya untuk memilih calon pemimpin bangsa. Ada lima surat suara bakal dicoblos yakni surat suara Pilpres, surat suara DPR RI, surat suara DPD RI, surat suara DPRD provinsi dan surat suara DPRD kabupaten/kota. Bagi masyarakat yang akan mencoblos, jangan sampai salah karena bisa-bisa suara kamu nantinya dinyatakan tidak sah karena tidak sesuai aturan. pemilupedia tanyapemilu nyoblos news motion capres cawapres pemilu2024 kumparan tiktokberita salingjaga

♬ original sound – kumparan – kumparan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Uniknya, pilihan raya Indonesia yang disebut sebagai Pemilu itu menggunakan paku sebagai alat untuk menanda kertas undi mereka.

Artikel lain: Tak Sampai 3 Tahun Nikah, YouTuber Terkenal Indonesia, Ria Ricis Fail Cerai

Dalam video tersebut, @kumparan memaparkan bahagian mana yang boleh ditanda oleh setiap penggundi bagi memastikan undian mereka sah.

Pilihan Raya Indonesia undi guna paku

Rakyat Indonesia boleh melakukan pemilihan dengan menebuk mana-mana bahagian gambar calon di dalam kertas pengundian. Selain itu, rakyat juga perlu menanda lima keping kertas yang mengandungi calon bagi jawatan berbeza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, menerusi satu tinjauan, sebuah akaun milik @virgaraditya menerangkan bahawa Indonesia merupakan antara negara yang masih menggunakan kaedah pengundian berkenaan.

@virgaraditya

Pemilu metode coblos paku hanya tersisa 2 negara aja?! 📃📌 #pemilu #pemilu2024 #allin

♬ cardigan – мσisєs

Menurutnya, sebahagian besar di dunia sudah menggunakan pensil atau pen untuk melakukan undian semasa proses pilihan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Indonesia dan Kemboja merupakan negara terakhir yang menggunakan paku semasa Pemilu,” kata Virga.

Tambah Virga, Indonesia pernah menggunakan pensil ketika Pemilu pada tahun 2004 dan 2009 namun hasilnya banyak undi rosak yang diterima.

“Ramai dalam kalangan masyarakat yang masih belum memahami kaedah itu sehingga menyebabkan banyak kertas undi tidak sah.
“Hal ini terjadi kerana masih ramai dalam kalangan masyarakat yang berpendidikan rendah dan kurang faham dengan sistem pengundian selain menggunakan paku,” ujar Virga.

Walaupun agak memeningkan untuk orang selain warga Indonesia memahami cara pengundian ini, tapi tak dinafikan ia memang unik!

Sumber: TikTok @kumparan & @virgaraditya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd