Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pihak Masjid Jame’ Badlishah Yan Mohon Maaf, Laung Azan Maghrib Cepat 2 Minit

Pihak pentadbir Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan telah membuat permohonan maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib lebih awal dua minit berbanding waktu sebenar pada 30 Mac lalu.

Masalah teknikal jam digital

Memetik laporan dari Kosmo! Timbalan Pengerusi masjid, Ustaz Ahmad Nasir memaklumkan yang perkara tersebut berlaku disebabkan masalah teknikal menerusi paparan jam digital di masjid berkenaan.

“Para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan dan puan telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti atau diqadha.
“Begitulah pandangan Jumhur Ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama’ Hanbali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqadha’,” katanya.

Susulan daripada itu, mereka yang sudah berbuka mengikut laungan azan yang dikumandangkan dari Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan tempoh hari perlu mengqada’ atau menggantikan puasa berkenaan kerana telah terbatal.

Perkara seperti ini bukan kali pertama terjadi kerana sebelum ini pernah berlaku di beberapa kawasan berbeza saban tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! (Othman Yahaya)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami yang kehilangan isteri pada tahun 2024 berkongsi rutin hariannya yang tetap setia menziarahi pusara arwah, malah mengakui masih sukar menerima pemergian insan...

Sosial

Peguam, Kamal Hisham Ja’afar tampil menjelaskan kedudukan sebenar penglibatannya dalam kes Rosmaini Raof yang kembali menjadi perhatian umum, selain menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, sekali gus memastikan rakyat dapat menikmati liputan...

Sosial

Seorang penunggang p-hailing, Azim Haikal Noor Aziddin dilaporkan maut selepas dirempuh sebuah Proton X70 di Jalan 17/21, Petaling Jaya, Selasa, ketika sedang bekerja mencari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd