Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

PETRONAS Beri Jaminan, Bekalan Bahan Api Terjamin Hingga Akhir Jun 2026

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di seluruh negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026.

Jaminan itu merupakan lanjutan daripada unjuran sebelumnya yang hanya meliputi sehingga akhir Mei 2026, sekali gus meredakan kebimbangan rakyat susulan krisis tenaga global akibat konflik di Asia Barat.

Dalam kenyataan pada Rabu, Petronas memaklumkan pihaknya terus aktif menguruskan rantaian bekalan bagi memastikan ketersediaan bahan api mencukupi di semua stesen minyak.

“Petronas membekalkan kira-kira 50 peratus daripada keperluan bahan api negara menerusi syarikat senarai awam miliknya, Petronas Dagangan Bhd.
“Jumlah selebihnya dibekalkan oleh syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, syarikat minyak dan gas negara itu turut mengulangi komitmennya untuk memastikan bekalan bahan api kekal stabil dan boleh diharapkan oleh semua rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Orang ramai digalakkan untuk membuat pembelian bahan api ini secara bertanggungjawab dan mengikut keperluan harian masing-masing serta mengelak daripada sebarang tindakan pembelian panik,” menurutnya.

Menurut Petronas, penggunaan bahan api secara berhemah akan memastikan semua pengguna terus mendapat akses bekalan secara berterusan.

Artikel lain: PETRONAS Pantau Rapi, Rantaian Bekalan Bahan Api Dijangka Cukup Hingga Hujung Mei

Terdahulu, pada 1 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Petronas sedang membantu kerajaan dalam memastikan bekalan minyak dan gas negara mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026.

Sumber: PETRONAS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Nasional

Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 9 hingga 15 April meningkat kepada RM6.72 seliter berbanding RM6.02 sebelum ini. Kementerian Kewangan memaklumkan, harga RON97 tanpa...

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa selat-selat utama di negara itu mempunyai kepentingan strategik kepada perdagangan dunia, sekali gus menjadikan Indonesia sentiasa menjadi perhatian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd