Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PETRA Teruskan Jelajah, Skuad Zon Selatan Tinjau Inisiatif Sektor Tenaga Boleh Baharu

PETRA

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) meneruskan jelajah Skuad Zon Selatan ke Johor bersama Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, pengurusan tertinggi serta agensi di bawahnya, semalam.

PETRA dalam kenyataan memaklumkan, jelajah selama dua hari bermula 11 hingga 12 Januari itu merupakan kesinambungan kepada siri pertama jelajah diketuai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, Datuk Seri Fadillah Yusof pada 16 November lalu di Melaka.

Menurut kenyataan itu lagi, fokus jelajah kali ini adalah bagi meninjau perkembangan semasa sektor tenaga terutamanya dalam bidang tenaga boleh baharu dan pemantauan agenda penguatkuasaan sektor tenaga, air serta pembetungan di lapangan.

PETRA berkata, tinjauan skuad ke lokasi pertama adalah di ChargeEV Tangkak Pitstop bagi melihat usaha integrasi pembangunan stesen pengecas ChargeEV antara Majlis Daerah Tangkak dan pembekal perkhidmatan pengecas kenderaan elektrik (EV).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kemudahan hentian tersebut sedang dalam proses akhir pematuhan regulatori di mana permohonan lesen awam kepada Suruhanjaya Tenaga sedang dilakukan sebelum proses testing and commissioning (T&T) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh dilaksanakan,” jelas kenyataan itu.

Artikel lain: PETRA Lawat Stesen Pengecasan EV Gentari Di Senawang & Tapak RTB Alor Gajah

Lokasi kedua pula adalah Johor Premium Outlet (JPO), Kulai bagi meninjau pepasangan sistem solar di bumbung berkapasiti 2,6999kWp di bawah Program Solar for Self-consumption (SelCo) yang diperkenalkan kerajaan.

Menurut PETRA, pepasangan sistem solar itu merupakan antara yang terbesar di Malaysia dan dianggarkan dapat menjana serta menghasilkan 3,290MWj bekalan elektrik setahun dengan anggaran penjimatan bil dalam lingkungan RM1.5 juta.

Ia juga dianggar mengurangkan penebus gunaan kira-kira tiga hektar (enam ekar) tanah serta penghindaran karbon sebanyak 2,604 matrik tan setahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, rombongan PETRA Skuad juga telah mengadakan tinjauan ke Southern Power Generation@Stesen Janakuasa Sultan Ibrahim, Pasir Gudang yang merupakan loji janakuasa komersial pertama di dunia menggunakan turbin gas berteknologi paling cekap dihasilkan oleh General Electric.

Pihak PETRA turut singgah ke Senibong Switching Station 230kv iaitu stesen Sambung tara antara Semenanjung Malaysia dan Singapura yang mempunyai kapasiti berkemampuan 1,000 MW.

Menurut PETRA, Power Exchange antara Malaysia dan Singapura merujuk kepada perdagangan elektrik, khususnya tenaga hijau, melalui platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).

“Ia membolehkan pengeluar tenaga Malaysia menjual tenaga boleh baharu terus kepada Singapura melalui proses bidaan, dengan Sembcorp Power bertindak sebagai pengimport 3 tenaga elektrik di Singapura.
“Pertukaran ini adalah sebahagian daripada Skim Cross-Border Electricity Sales for Renewable Energy Scheme (CBES RE) yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia, yang memudahkan integrasi ASEAN Power Grid (APG),”ujarnya.

Di samping itu, pemantauan agenda penguatkuasaan turut menjadi tumpuan agenda turun padang jelajah PETRA Skuad di Johor yang mana tinjauan inisiatif pemasangan Smart Metering Tenaga di bawah TNB diadakan di Pencawang Dato Onn Perjiranan 4 No.1, Bandar Dato Onn, Johor Bahru.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah kenyataan itu, pada hari kedua (12 Januari), rombongan PETRA Skuad Zon Selatan ke Johor akan mengadakan tinjauan ke Loji Rawatan Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Jalan Hijau, Taman Pelangi seterusnya ke Dewan Semai Bakti, FELDA Ulu Penggeli, Kluang bagi Program Bersama Rakyat @ PETRA Skuad.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Sosial

Isu pengurusan pelarian etnik Rohingya kembali mencuri perhatian apabila dakwaan kos rawatan kesihatan yang ditanggung kerajaan mencecah sekitar RM30 juta setahun di hospital kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd