Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Saluran Jantung Tersumbat Punca Pesara Tentera Meninggal Dunia Di Masjid – Polis

Polis mengesahkan punca kematian seorang pesara tentera meninggal dunia di ruang solat di Masjid Jamek Sungai Puyu, Butterworth, semalam adalah kerana saluran jantung tersumbat dan tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman memaklumkan pihaknya menerima maklumat berhubung insiden tersebut sekitar 10.23 pagi daripada panggilan orang awam.

Pesara tentera meninggal dunia ketika tunai solat dhuha

Pesara Tentera Meninggal Dunia

Foto: Harian Metro

Ujar beliau, susulan maklumat berkenaan, pasukan penyiasat dikejarkan ke lokasi dan mendapati seorang lelaki tidak sedarkan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan dari Hospital Seberang Jaya (HSJ).
“Hasil bedah siasat yang dijalankan mengesahkan punca kematian mangsa adalah kerana saluran jantung tersumbat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel lain: Ziarah Kubur Boleh, Asalkan Tak Buat Perbuatan Syirik & Khurafat – Mufti Kelantan

Tegasnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menghormati privasi keluarga mangsa.

Terdahulu, media melaporkan seorang pesara Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM) dilaporkan meninggal dunia ketika menunaikan solat sunat dhuha di Masjid Jamek Sunyai Puyu, Butterworth, pagi kelmarin.

Foto: Carian Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Allahyarham Zulkifli Ahmad, 50, yang juga merupakan Ahli Persatuan Veteran TUDM dikatakan singgah sebentar ke masjid itu untuk melaksanakan solat sunat berkenaan.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan rebah sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 10.45 pagi, disaksikan beberapa ahli kariah yang menyertai satu program keagaam dekat situ.

Jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya di Batu Kurau, Perak dan selamat dikebumikan selepas solat Asar, kelmarin.

Sumber: Harian Metro (Nur Izzati Mohamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Spotlight

Satu video memaparkan dakwaan bahawa animasi popular Upin & Ipin kononnya berasal dari Indonesia tular di media sosial, baru-baru ini. Dakwaan itu timbul menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd