Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pertengkaran Dengan Suami Dipercayai Punca Wanita Tercampak Dari Van

Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari sebuah van di tepi Lebuhraya Shah Alam (KESAS), berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar semalam, dipercayai akibat pertengkaran dengan suaminya.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, susulan kejadian tersebut, suami mangsa yang berusia 50 tahun telah ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sebuah kediaman di Taman Kinrara, Puchong kira-kira jam 6 petang hari sama.

Foto: Media Sosial

“Soal siasat dilakukan mendapati suspek mengaku terbabit dalam kes kematian isterinya. Suspek mendakwa berlaku pertengkaran antara mereka ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,” katanya.

Siasatan turut mendedahkan bahawa pasangan tersebut telah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan dua orang anak.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine/amp/benzo. Suspek juga mendakwa isterinya turut terbabit dalam penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

Foto: Bernama

Semakan lanjut turut mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kes dadah.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Sumber: Buletin TV3 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd