Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pernah Pelajari Al-Quran Secara Rahsia, Warga Emas India Berjaya Islamkan Lebih 108,000 Orang

Deen Muhammad, bekas Hindu yang memeluk Islam pada 1989 telah mendapat hidayah Allah ketika mempelajari al-Quran telah berjaya menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, keputusannya dalam menghayati al-Quran telah berjaya menyedari dirinya bahawa Islam adalah sebenar-benar agama yang dicari selama ini selepas berhala yang pernah dipercayainya tidak bermakna. 

Bukan itu sahaja, beliau telah membuktikan kebolehannya dengan memujuk lebih 108,000 orang India untuk memeluk Islam sebagai agama yang benar.

Kini berkhidmat sebagai presiden Jami’ah Masjid Allah Wali dan Madrassa ‘A’ishah T’aleem-ul Qur’an, sebuah institut yang berdedikasi untuk memperkenalkan Islam kepada orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasrat utama beliau ialah agar seluruh dunia memeluk Islam meskipun pada mulanya, beliau terpaksa mempelajari al-Quran secara rahsia kerana berisiko disalahfahamkan oleh umat Islam.

Walaupun berdepan halangan, beliau meneruskan usaha menuntut ilmu dan mendapat tunjuk ajar daripada seorang guru.

Misi Deen Muhammad untuk menyeru orang lain kepada Islam bermula dengan keluarganya sendiri dan berkembang kepada orang lain, dibantu oleh sokongan orang Islam yang berpengaruh. 

Kemasyhuran Deen Muhammad semakin berkembang, menarik minat orang dari pelbagai agama dan wilayah yang berminat untuk menerima Islam. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Startup Pakistan (Usman Murtaza)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd