Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pernah Berikan Segalanya Untuk Lelaki, Marshanda Kini Sudah Trauma!

Pelakon Indonesia, Marshanda atau nama sebenarnya Andriani Marshanda mendedahkan dia pernah memberikan segala dan sanggup membuat apa sahaja kepada teman lelaki atau suaminya demi membahagiakan pasangannya itu.

Bagaimanapun, aktres yang berusia 33 tahun itu memaklumkan ramai yang telah mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang dilakukannya dan disebabkan itu dia menjadi trauma dan lebih bahagia hidup bersendirian.

“Dulu saya seorang yang setia dan mudah cemburu terhadap pasangan jika dia keluar bersama wanita lain malah sanggup melakukan apa sahaja.
“Tetapi perkara itu memakan diri sehingga saya jadi serik dan trauma dengan lelaki. Semua kebaikan saya selama ini sia-sia,” katanya.

Bukan itu sahaja, pelakon yang berketurunan Minangkabau, Sumatera Barat itu kini sudah belajar daripada pengalaman dan tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama.

Malah, dia turut mengatakan akan mengutamakan dirinya sendiri serta keluarga, mahu memberi fokus sepenuhnya kepada kerjaya dan anaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selepas pengalaman buruk itu, saya belajar untuk tidak bersikap obses terhadap lelaki sehingga memakan diri. Sekarang saya lebih menghargai diri, sibukkan diri dengan kerja dan menjaga anak saya,” jelasnya lagi.

Sumber: mStar

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Hasrat sepasang kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila wanita yang dinanti untuk bergelar isteri maut dalam kemalangan jalan raya...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd