Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Perlawanan Liga Super, PDRM FC Calar Rekod Baik JDT

Rekod baik juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) di calar selepas pasukan ketiga tercorot, PDRM FC berjaya mengikat skuad Harimau Selatan itu 1-1 pada perlawanan Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Memetik laporan Sinar Harian, PDRM FC tenang mengatur gerakan sebelum mencipta kejutan menerusi gol pembukaan menerusi bekas penyerang skuad kebangsaan Shahrel Fikrit Md Fauzi pada minit ke-22.

PDRM FC calar rekod baik JDT

Foto: Sinar Harian

Bagaimanapun, JDT berjaya menyamakan kedudukan selepas pemain tengah import Oscar Arribas menjaringkan gol pada minit ke-32, 10 minit selepas jaringan pertama daripada PDRM FC.

Advertisement. Scroll to continue reading.

JDT terlepas peluang untuk meletakkan pasukan itu di hadapan selepas sepakan percuma pemain tengah dari Sepanyol, Juan Muniz sekadar menggegar palang gol.

Kedua-dua pasukan tersebut terus menemui jalan buntu menemui jaringan kemenangan sebelum perlawanan tersebut ditamatkan dengan wisel.

Foto: Majoriti

Namun begitu, keputusan seri pertama selepas enam kemenangan berturut-turut oleh JDT tidak menggugat pasukan itu dan kekal menerajui saingan liga dengan mengumpul 19 mata, enam mata di hadapan pencabar terdekat Selangor FC.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, di Temerloh, hasrat Selangor FC mengutip kemenangan kedua berturut-turut tidak kesampaian selepas seri 1-1 menentang Sri Pahang FC yang beraksi dengan 10 pemain di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Skuad Gergasi Merah bermula garang apabila mendahului seawal minit ketiga menerusi rembatan kencang Alvin Fortes yang menewaskan Zarif Irfan Hashimuddin di gawang.

Bagaimanapun, skuad Tok Gajah berjaya diselamatkan menerusi jaringan gol pemain pertahanan import dan kapten, Stefano Brundo dan menyamakan kedudukan pada minit ke-43.

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sri Pahang kemudian terpaksa mengharungi baki 30 minit permainan dengan 10 pemain selepas Mykola Ahapov dilayangkan kad merah oleh pengadil kerana mengasari pemain lawan pada minit ke-63.

Dalam pada itu, Kuala Lumpur (KL) City FC naik tiga anak tangga ke posisi ketiga selepas menumbangkan Sabah FC 3-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd