Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Perisian Terbaharu Touch ‘n Go, Mudahkan Pengguna Semak Aliran Perbelanjaan Setiap Bulan

Aplikasi dan perkhidmatan e-dompet, Touch ‘n Go eWallet dilaporkan telah mengemaskini halaman transaksi mereka pada aplikasi dompet digital tersebut yang sekali gus mengintegrasikan sokongan untuk memudahkan pengguna melihat aliran perbelanjaan dengan lebih mudah.

Menerusi satu laporan Amanz, melalui kemaskini terbaru, Touch n Go eWallet kini memaparkan sebuah carta perbelanjaan yang memudahkan pengguna untuk melihat aliran perbelanjaan mereka pada setiap bulan mengikut kategori seperti untuk pengangkutan, belanja di kedai dan sebagainya.

Foto: Amanz

“Ini juga akan memudahkan lagi pengurusan kewangan anda, dan mengurangkan belanja pada sesuatu kategori sekiranya diperlukan,” katanya.
Selain itu, turut dilaporan bahawa paparan baharu aplikasi tersebut juga memperlihatkan sejarah wang masuk dan keluar pada akaun dompet digital berkenaan.
“Pengguna juga diperlihatkan perbelanjaan purata harian pada bahagian tengah carta berkenaan.
“Kemaskini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperignkat kepada semua, dan boleh diakses melalui halaman transaksi pada dompet digital Touch n Go eWallet,” ujarnya.

Foto: WEB Touch n Go

Untuk makluman, Touch n Go ialah kad pintar tanpa sentuh dan sistem pembayaran elektronik berasakan kad pintar tanpa sentuh yang pertama, dan merupakan perintis kepada pengenalan kad kredit Visa Wave dan MasterCard PayPass di Malaysia.

Touch n Go juga boleh digunakan bersama SmartTAG, iaitu sejenis alat dan sistem pembayaran elektronik tambahan pandu terus dalam kenderaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Amanz

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Jasa Allahyarhamah Normah Sabar tidak terhenti selepas pemergiannya apabila wanita yang dikenali sebagai juruukur wanita pertama negara itu turut menyumbang sinar baharu kepada sekurang-kurangnya...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd