Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Penumpang Berani Mati! Buka Pintu Kecemasan Pesawat Sebelum Mendarat

Baru-baru ini, tular sebuah video detik cemas yang dialami oleh penumpang apabila pintu kecemasan pesawat salah sebuah syarikat penerbangan telah dibuka sebelum mendarat dengan selamat.

Rakaman tersebut menunjukkan angin merobek pintu terbuka di udara, dengan kain sandaran tempat duduk dan rambut penumpang berterbangan selain beberapa penumpang menjerit ketakutan.

@jordanmo18

아시아나 항공 사고 영상 #실제상황 #비행기 #아시아나항공 #실시간

♬ 오리지널 사운드 – 조던 모모 하늘이 오글이 아빠♡ – 조던 모모 오글이 아빠♡

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan antarabangsa, kejadian tersebut berlaku apabila seorang lelaki bertindak membuka pintu kecemasan pesawat Asiana Airlines ketika dalam perjalanan kerana berasa sesak nafas dan mahu turun dengan cepat.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku  ketika pesawat yang membawa hampir 200 penumpang menghampiri landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu, kira-kira 240 kilometer (km) di tenggara Seoul.

Pihak polis berkata, lelaki berusia 30-an itu bertindak membuka pintu keluar ketika pesawat berada sekitar 200 meter dan menyatakan sudah terlalu lama berada dalam kabin.

“Dia berasakan penerbangan itu mengambil masa lebih lama daripada yang sepatutnya dan berasa sesak nafas dalam kabin.
“Jadi, dia mahu keluar dengan cepat,”ujar detektif polis Daegu kepada AFP.

Hasil siasatan pihak polis juga mendapati lelaki berkenaan mengalami tekanan selepas kehilangan pekerjaan baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dan, disebabkan tindakan itu lelaki terbabit berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun kerana melanggar undang-undang keselamatan penerbangan, selain 12 orang penumpang lain dibawa ke hospital selepas pesawat mendarat. Ia berikutan mereka mengalami masalah ketidakselesaan dan pernafasan.

Sementara itu, seorang pegawai Kementerian Pengangkutan memberitahu AFP bahawa ia adalah kejadian pertama berlaku dalam sejarah penerbangan di Korea Selatan.

Sumber: Berita Harian, TikTok @jordanmo18

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd