Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penjawat Awam Ditahan Rakam Wanita Tanpa Kebenaran di Pekan Sehari Temerloh

Seorang penjawat awam berusia 41 tahun ditahan selepas merakam video seorang wanita tanpa kebenaran di Pekan Sehari Temerloh pada 9 November lalu, dengan sejumlah video dan gambar lucah turut ditemui dalam telefon bimbit suspek.

Video penjawat awam ditahan tular

Video penahanan lelaki yang bekerja sebagai kerani itu telah tular di media sosial, menarik perhatian orang ramai.

Terdapat video tak senonoh di telefon penjawat awam ditahan

Memetik laporan daripada Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron menyatakan mangsa berusia 33 tahun menyedari perbuatan suspek sebelum lelaki itu ditahan dengan bantuan pengunjung pekan.

“Pemeriksaan kemudian menemukan sejumlah video mangsa yang dirakam secara curi dalam galeri telefon bimbit, selain sejumlah video dan gambar lucah.
Siasatan termasuk analisis kandungan telefon bimbit lelaki terbabit sedang dilakukan, dengan suspek ditahan selama 24 jam sebelum dibebaskan, manakala kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

penjawat awam

Artikel lain: Lelaki Buat Live TikTok Di Restoran, Borak Tak Senonoh Fasal Wanita Di Meja Sebelahnya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509A Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan seseorang, sementara polis terus memantau perkembangan siasatan bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap suspek.

Sumber; TikTok adaazizan, Buletin TV3 (Fazli Ahmad)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd