Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Penjaga Blake Masuk Islam – “Pemergian Mu Beri Hikmah Untuk Aku Berhijrah”

Seluruh rakyat Malaysia masih berasa hiba dengan pemergian anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali sebagai Blake yang pernah diangkat menjadi ‘hero’ tragedi Batang Kali akibat barah limfoma tahap empat.

Bagaimanapun, meskipun  kematian Blake yang banyak berjasa dalam misi menyelamat mangsa bencana masih diratapi penjaganya, Salbuddin Salleh menganggap semua perkara yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Salbuddin di laman TikToknya, berkongsi foto saat beliau mengucapkan dua kalimah syahadah untuk menjadi saudara baharu, dua hari yang lepas.

@iraqmantul

#fypシ゚viral Syukur Alhamdulillah..Semuanya dipermudahkan🤲🤲

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Allah Allah Aghisna – Rivy Kamila

“Pemergian mu Blake memberi himah kepada ku untuk berhijrah, syukur alhamdulilah semuanya dipermudahkan,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, Salbudin, 34, melafazkan kalimah syahadah di sebuah masjid di Shah Alam bersaksikan bapa saudara dan sepupunya.

Netizen turut sebak, bersyukur

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan keputusan yang dilakukan Salbuddin yang terbuka hati untuk memeluk agama Islam.

Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar perjalanan Salbuddin sebagai mualaf baharu dipermudahkan dan sentiasa istiqamah dalam mempelajari agama Islam secara mendalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Blake tunggu di syurga

Malah, ramai yang menganggap berkat menjaga Blake adalah salah satu asbab Salbuddin memeluk agama Islam bahkan, haiwan tersebut akan menunggunya di syurga kelak.

Sekadar info, Blake sudah berkhidmat bersama JBPM selama enam tahun dan banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan JBPM di seluruh negara.

Antaranya, tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lalu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun, Yan, Kedah serta operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.

hero tragedi batang kali

Sumber: TikTok @iraqmantul

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd