Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Jangan Buat Spekulasi”– Rakan Baik Rayu Hormati Keluarga Pengawal Peribadi Maut Ditembak

Rakan kepada pengawal peribadi yang maut ditembak dalam sebuah kereta di Jalan Rasah, dekat laluan ke Plaza Tol Port Dickson, meminta orang ramai berhenti menyebarkan pelbagai andaian mengenai kejadian itu.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa, Azrul Fariz Kamarul Baharin, 43, disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) selepas insiden yang berlaku antara jam 7 hingga 7.30 pagi.

pengawal peribadi

Foto: Sinar Harian

Menurut sahabatnya, Nizam Hashim, tuduhan tidak berasas yang tular di media sosial hanya menambah luka kepada keluarga dan rakan-rakan Allahyarham.

Artikel lain: Kes Tembak Di Port Dickson: Pengawal Peribadi Maut, Majikan Ada 15 Rekod Jenayah Cedera Parah

“Tolong jangan buat cerita yang bukan-bukan. Ada yang kaitkan dengan dadah dan macam-macam fitnah lain. Arwah cuma bekerja mencari rezeki untuk anak dan isteri,” katanya.

Nizam yang juga pengawal peribadi menegaskan agar orang ramai berhenti menyebarkan video dan gambar saat akhir Allahyarham di lokasi kejadian demi menghormati ahli keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

pengawal peribadi

Beliau memaklumkan, hampir 15 tahun mengenali Azrul, arwah dikenali sebagai seorang pekerja yang setia dan sentiasa meletakkan keselamatan majikan sebagai keutamaan.

“Inilah risiko kerja kami. Kalau bukan bos yang kena, kami yang jadi perisai. Arwah menjaga majikannya sampai ke akhirnya,” ujarnya.

Nizam turut meluahkan rasa sedih apabila diberitahu bahawa Azrul telah mengambil cuti untuk menghadiri hari anugerah anaknya yang berusia 12 tahun pada Sabtu ini, namun hajat itu tidak kesampaian.

Allahyarham meninggalkan lima anak berusia antara lapan hingga 21 tahun.

Suasana di Jabatan Forensik bertukar sayu apabila isteri Allahyarham dilihat tidak mampu menahan kesedihan hingga terpaksa dibawa masuk ke dalam kereta oleh ahli keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.
pengawal peribadi

Foto: Sinar Harian

Jenazah akan dibawa ke sebuah masjid di Cheras sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

Media sebelum ini melaporkan seorang pengawal peribadi maut, manakala seorang lelaki berusia 47 tahun cedera parah dalam kejadian tembakan itu. Lelaki yang cedera dilaporkan mempunyai 15 rekod jenayah lampau.

Sumber:Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Sukan

Jenama pakaian terkenal, Elrah, mengesahkan akan menjadi penaja kepada pasukan Pantai Timur, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bagi menghadapi saingan musim hadapan, sekali...

Dunia

Media sosial Thailand kecoh pada 11 Jun apabila pewaris jutawan, Psi Scott, menjadi tumpuan selepas menghadiri sidang media di luar mahkamah yang berlangsung dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd