Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JAIS Beri Tempoh Hingga 31 Mac! Penceroboh Tanah Perkuburan Islam Di PJS 4 Diarah Kosongkan Tapak

Penceroboh tanah perkuburan Islam di PJS 4, Petaling Jaya diberi tempoh sehingga 31 Mac ini untuk mengosongkan tapak berkenaan, dengan tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya arahan tersebut gagal dipatuhi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata kerajaan negeri telah menetapkan tempoh jelas bagi memastikan pengosongan tapak dapat dilaksanakan secara teratur.

“Dalam kes pencerobohan tanah warta perkuburan Islam di PJS 4, kerajaan negeri sudah memberi tempoh bagi dilakukan pengosongan tapak sehingga 31 Mac ini.
“Kegagalan mengosongkan tanah perkuburan tersebut dalam tempoh ditetapkan akan disusuli dengan tindakan penguatkuasaan pengosongan tapak oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling bersama JAIS dan agensi penguat kuasa lainnya,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Penceroboh Tanah Perkuburan Islam di PJS4

Beliau turut menegaskan bahawa tanah perkuburan berkenaan adalah tanah yang diwartakan di bawah JAIS mengikut Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (1965), dan bukan tanah wakaf di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seperti yang ditularkan di media sosial.

Menurutnya, tindakan terhadap pencerobohan itu telah pun diambil menerusi gerak kerja pemutihan pencerobohan tanah JAIS, yang dilaksanakan secara bersama dengan pihak pentadbir tanah daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“JAIS, MAIS dan kerajaan negeri akan terus menjalankan apa juga langkah yang perlu bagi memastikan pencerobohan ke atas tanah warta JAIS, mahupun tanah wakaf MAIS diputihkan dengan segera dan usaha-usaha menghalang sebarang pencerobohan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.
“Orang awam yang mengesan sebarang pencerobohan tanah warta JAIS atau tanah wakaf MAIS bolehlah menghubungi JAIS, MAIS, PDT ataupun PBT untuk tindakan sewajarnya,” katanya.

Artikel lain: Ceroboh Tapak Cadangan Masjid Baru Dengkil, Binaan Haram Selesai Diroboh PDT Sepang

Terdahulu, pada November tahun lalu, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah, memaklumkan pencerobohan berkenaan melibatkan pembinaan struktur tiga rumah ibadat bukan Islam di atas tanah perkuburan berkenaan.

Kes tersebut telah dilaporkan oleh JAIS kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan pihak berkuasa tempatan berkaitan untuk tindakan penguatkuasaan selanjutnya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB Jabatan Agama Islam Selangor – Rasmi

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd