Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemuda PAS Persoal Keperluan BUDI Jika Sudah Daftar PADU

Pemuda PAS persoal keperluan mendaftar Program Bantuan Subsidi (BUDI) Budi Madani jika mereka mahu menerima subsidi diesel.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata rakyat perlu mendaftar PADU jika tidak mahu tercicir bantuan daripada kerajaan.

Pemuda PAS Persoal Keperluan BUDI

Foto: Sinar Harian

“Subsidi diesel diumumkan akan dihapuskan. Rakyat yang layak mohon subsidi, perlu daftar dengan BUDI MADANI di bawah Kementerian Kewangan.
“Hari tu, rakyat disuruh daftar dengan PADU. Menteri kata, siapa tak daftar PADU, nanti akan tercicir, tak dapat bantuan Kerajaan, tak dapat subsidi. Maka ramailah yang daftar.
“Tiba-tiba Kerajaan umumkan rakyat yang layak kena daftar melalyi BUDI MADANI pulak untuk dapatkan subsidi, RM200 sebulan,” katanya.

Dalam pada itu, Afnan Hamimi turut mempersoalkan mengapa Kerajaan tidak menggunakan sahaja maklumat yang sudah dikumpul dalam PADU.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Habis tu, data PADU tu jadi apa? Kenapa tak dipakai untuk dapat subsidi ni? Kenapa rakyat kena daftar lagi?
“Hari itu, Menteri Ekonomi jawab di Parlimen, PADU ni akan jadi sistem rentas kementerian. Semua kementerian akan guna data ini untuk program bantuan kepada rakyat, termasuklah dasar subsidi bersasar ni,” ujarnya.

Afnan Hamimi juga berkata ramai pekebun kecil tidak akan dapat menuntut subsidi berkenaan disebabkan kriterianya yang mana mereka memerlukan jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000.

“Untuk petani dan pekebun kecil pula, difahamkan boleh mohon subsidi melalui BUDI Agri-Komoditi. Tapi kena daftar dulu dengan Kementerian Pertanian dan Kementerian Perladangan. Daftar lagi.
“Tak cukup dengan itu, petani tadi mesti ada pendapatan sekurang-kurangnya RM4,166 sebulan! Atau RM50k setahun!
“Kalau tauke-tauke, senang-senanglah dapat jumlah sebanyak tu. Tapi kalau petani di kampung-kampung yang jual di pasar pagi, di pekan hari, tepi jalan, tak mudah nak dapat jumlah sebanyak itu.
“Bahkan ada yang tak pernah dapat jumlah sebanyak tu sebulan. Soalannya, siapa yang sebenarnya yang dapat manfaat besar daripada penyasaran subsidi ni? Takue besar atau kuli di kampung,” katanya.

Sementara itu, Afnan Hamimi juga sempat menyindir mengenai komunikasi rentas kementerian dalam pentadbiran kerajaan dan penyelarasan antara Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.

“Tak bincang bagi elok ke antara Menteri Kewangan dengan Menteri Ekonomi? Tak ada group WhatsApp ke? Atau Menter Ekonomi dah left group WhatsApp?” sindirnya.

Sumber: Facebook Afnan Hamimi Taib Azamudden

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Lokal

Seorang bapa kepada dua anak menerima padah selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan keperluan...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd