Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pempengaruh Dakwa Dicurangi Suami, Rumah Tangga Diganggu Pelajar STPM?

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar.

Pempengaruh dakwa dicurangi suami

Video tersebut dipercayai sudah dipadam, namun dimuat naik semula oleh seorang pengguna Threads, @atiqahsyazwn memaparkan pempengaruh berusia 21 tahun itu meluahkan rasa kecewa sambil menyingkap perjalanan rumah tangga mereka sejak awal lagi.

“Aku tak tahu nak cakap apa… tapi nama Nurin ni memang tersakitikah?” katanya.

Dalam video tersebut, Nurin turut menceritakan bahawa dia sentiasa menjadi penyokong suaminya walaupun Fadrul pada masa itu masih berstatus penganggur.

“Masa orang kata kau penganggur, aku orang paling bangga. Backup kau kata kau kerja GrabFood apa semua,” ujarnya.

Lebih memilukan, Nurin mendakwa suaminya menjalin hubungan dengan seorang gadis dikenali sebagai Tasya Wawa yang masih menuntut di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Fadrul Anuar dengan Tasya Wawa, budak Temerloh yang belajar STPM… apa perasaan mak kau kalau tahu kau dengan suami aku.
“Kalau tak fikir, aku fikir anak kau itu, Jebat,” luahnya.

dicurangi suami

Nurin menegaskan bahawa walaupun boleh memilih untuk ‘menjauh’ dari konflik ini, hakikatnya dia perlu memikirkan anak mereka yang kini mencecah usia dua tahun.

“Aku dah broken home. Takkan aku nak biar anak aku broken home juga?,” soalnya.

Artikel lain: Selepas Dakwaan Curang, Pempengaruh Kongsi Video Hantar Teman Lelaki Pulang Ke Indonesia

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen menyatakan sokongan moral kepada Nurin, sambil mengutuk tindakan yang didakwa berlaku di pihak Fadrul.

Sakitnya!

dicurangi suami

Baru STPM?

dicurangi suami

Baru puji Fadrul hari tu, untung dapat Nurin

dicurangi suami

Orang lawa selalu kena curang

dicurangi suami

Setakat ini, Fadrul belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai dakwaan tersebut namun pengikut media sosial Nurin terus memantau perkembangan kisah ini, menjadikannya topik hangat perbualan netizen di platform digital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Threads @atiqahsyazwni

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Harga runcit petrol RON97 naik lima sen seliter kepada RM4.90 manakala RON95 tanpa subsidi turut meningkat 10 sen kepada RM3.97 bagi tempoh 30 April...

Dunia

Armada awam di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah dikepung secara haram oleh bot tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa, sekali gus...

Dunia

Turkiye pada Khamis menyifatkan campur tangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “tindakan lanun”, sambil menegaskan pihaknya sedang mengambil semua langkah perlu...

Lokal

Persiaran Pantai Sinaran di kawasan pembangunan The Light City, Gelugor kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Persiaran Chin Fung Kee, sebagai tanda penghargaan terhadap...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd