Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pemilik Stesen Minyak Meninggal Dunia.. Isteri Terpaksa Lelong Barang, Cari Bisnes Lain Sara Lima Anak

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7 Januari lalu.

Pemilik stesen minyak meninggal dunia

Menurut laporan Kosmo! Online, kisah Nina Suraya Sulaiman menjadi perhatian selepas tular satu video memaparkan seorang pekerja warga asing di stesen minyak itu tidak dapat menahan sebak apabila dimaklumkan mengenai penutupan premis selepas berkhidmat selama 20 tahun.

Wanita berusia 37 tahun itu berkata, penutupan itu memaksanya mengadakan jualan lelong membabitkan pelbagai barangan termasuk produk keluaran premis tersebut, dengan potongan harga sehingga 50 peratus dan sebahagiannya dijual pada harga modal bagi menampung kerugian.

Nina Suraya berkongsi bahawa situasi itu amat mengecewakan memandangkan dia tidak mampu meneruskan operasi stesen minyak milik arwah suaminya yang telah beroperasi hampir 17 tahun di Jalan Kebun Sultan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Stesen minyak itu mempunyai polisi jika pemilik stesen meninggal, operasi terpaksa dihentikan serta merta.
“Saya rasa sedih, selepas saya kehilangan suami yang meninggal selepas kena jangkitan kuman, premis milik arwah diarah tutup dan penghantar minyak juga dihentikan selepas dua hari suami saya meninggal,” katanya.

Pemilik stesen minyak meninggal

Meskipun masih dalam keadaan berduka, ibu kepada lima cahaya mata itu terpaksa mengadakan lelongan barangan di premis tersebut dengan bantuan 10 orang pekerjanya.

“Demi kelangsungan hidup, selepas ini saya terpaksa mencari peluang perniagaan untuk menyara anak-anak yang berusia lebih setahun hingga 14 tahun, semua masih bersekolah,” ujarnya.

Pemilik stesen minyak meninggal

Katanya, jualan lelong di stesen minyak itu turut menarik perhatian ramai sehingga tular di media sosial selepas dia membuat siaran langsung bagi menjual barangan berkenaan.

Artikel lain: Video Warga Emas Cuci Tandas Di Stesen Minyak Raih Simpati Ramai – “Patut Usia Begini Rehat Kat Rumah”

Tambahnya lagi, dia diberikan tempoh selama dua bulan untuk mengosongkan premis stesen minyak itu menyebabkan baki barangan terpaksa dijual secara dalam talian dengan bantuan ahli keluarganya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Rohana Mohd. Nawi)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd