Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemilik Akaun Facebook Hina Sultan Selangor Sudah Dikenal Pasti

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland Learning Centre’ pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Buletin TV3, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, M Kumar berkata, pemilik akaun berkenaan sudah dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan termasuk tindakan merampas peranti yang digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut.

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan kolaborasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Setakat ini, sebanyak 21 laporan polis diterima berkaitan isu sama dari seluruh negara. Seramai 21 saksi termasuk individu yang tampil membuat laporan polis turut dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Foto arkib: Bernama

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jelasnya, jika disabitkan kesalahan, Seksyen 4(1) Akta Hasutan memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

“Bagi Seksyen 504 Kanun Keseksaan pula, kesalahan itu membawa hukuman denda atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.
“Manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” ujar M Kumar.

Tambahnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan media sosial bagi tujuan menyalahi undang-undang termasuk membabitkan isu 3R, iaitu kaum, agama dan institusi diraja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kelmarin, tular di media sosial satu hantaran yang menyunting imej tidak wajar dan biadab mengaitkannya dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Foto: Media sosial

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd