Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pemergian Pak Lah, Negara Kehilangan Anak Watan – Mohamad Hasan

Seluruh negara berduka dengan berita pemergian bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mesra dipanggil Pak Lah telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut laporan Buletin TV3, perkhabaran sedih itu turut mengundang reaksi ramai pemimpin negara termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang jelas kelihatan sebak ketika bertemu pemberita di IJN malam tadi.

Foto: Buletin TV3

“Saya merasa amat dukacita di atas pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Malaysia kehilangan seorang anak watan yang penuh semangat semasa menjadi pemimpin negara,” katanya.

Tambah beliau lagi, jasa dan pengorbanan Pak Lah dalam memimpin negara dengan penuh berhemah dan tenang takkan pernah dilupakan rakyat Malaysia.

Foto: thesun

“Kita ucapkan terima kasih atas segala khidmat bakti Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, InsyaAllah.” ujarnya lagi. 

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) pada awal pagi Ahad lepas akibat mengalami sesak nafas.

Pemergian Pak Lah amat dirasai seluruh rakyat Malaysia yang mengenali beliau sebagai seorang pemimpin berjiwa lembut, sederhana, dan sentiasa menjaga keharmonian negara.

Sumber: Buletin TV3 (Fatin Hanani Sahimi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd