Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pemergian Menghidupkan! Keluarga Derma Organ, Tisu Arwah Harith Aizuddin Bantu 6 Pesakit

Pemergian seorang pemuda akibat kemalangan jalan raya pada 24 April lalu bertukar menjadi sinar harapan buat enam pesakit lain apabila keluarganya mengambil keputusan mendermakan tisu arwah demi memberi peluang hidup kepada insan memerlukan.

Harith Aizuddin Salleh, 21, dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan, sekali gus meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarga dan kenalan rapat.

Namun di sebalik kehilangan yang amat menyakitkan itu, keluarga Allahyarham memilih untuk menjadikan pemergiannya sebagai satu bentuk pengorbanan bermakna melalui pendermaan tisu injap jantung serta kornea mata.

Sumbangan tersebut dijangka mampu membantu sehingga enam pesakit yang memerlukan rawatan kritikal, sekali gus memberi peluang baharu untuk meneruskan kehidupan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Unit Derma Organ dan Tisu Hospital Sungai Buloh menerusi hantaran di media sosial memaklumkan pengorbanan keluarga berkenaan wajar dihargai kerana memberi harapan kepada mereka yang sedang berjuang dengan masalah kesihatan serius.

Menurut hantaran itu, tindakan mulia keluarga Allahyarham bukan sahaja menjadi amal jariah berpanjangan, malah membuktikan bahawa sebuah kehilangan juga mampu membawa kehidupan kepada orang lain.

“Bagi yang mengenali arwah, pemergian ini amat menyakitkan. Namun begitu, keluarga memilih untuk menjadikan pemergian Harith Aizuddin sebagai satu rahmat untuk insan lain.
“Semoga pengorbanan ini menjadi amal jariah yang mengalir berterusan buat arwah,” kata kenyataan tersebut.

Artikel lain: Pengikrar Derma Organ Maut Kemalangan, Warga Hospital Beri Penghormatan Terakhir

Perjalanan terakhir Allahyarham turut disempurnakan menerusi penghormatan khas Walk of Honor sebagai simbol penghargaan kepada penderma organ dan tisu yang telah memberi kehidupan kepada insan lain.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham, dan terima kasih kerana mengajar kami tentang erti pengorbanan.
“Petikan Surah Al-Ma’idah: 32, ‘Barangsiapa yang menyelamatkan satu nyawa, maka seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh umat manusia’,” tulisnya.

Sumber: FB Hospital Sungai Buloh Selangor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd