Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Wanita Didakwa Bunuh Tiga Pelajar UiTM Dungun

Seorang wanita yang merupakan suri rumah dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini, atas tiga pertuduhan membunuh tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, minggu lalu.

Foto: Kosmo!

Tertuduh, Norizan Ismail, 49, kelihatan bingung sepanjang berada dalam kandang tertuduh, apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Amira Fatihah Osman namun tiada sebarang pengakuan yang direkodkan daripada tertuduh tersebut.

Wanita tersebut hanya memberitahu faham setelah dituduh membunuh apabila ditanya jurubahasa mahkamah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Zambry Abd. Kadir

Tertuduh dihadapkan dengan beberapa pertuduhan yang kesemuanya berkaitan dengan penyebab kematian tiga pelajar iaitu Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25, Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin yang masing-masing berusia 20 tahun.

Pertuduhan terhadap Norizan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, atau hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sekiranya hukuman mati tidak dijatuhkan, undang-undang menetapkan hukuman minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Norizan diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Johor Bahru dalam tempoh sebulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Terengganu, Azizan Abdullah manakala tertuduh pula diwakili peguam, Nur Farahin Shazlin Mohd. Reduan Shah Edwin.

Manakala, bagi pertuduhan cubaan membunuh seorang lagi mangsa, Muhammad Ammar Danish Mohamad Ridhuan, 20, Norizan seterusnya dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu untuk didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kejadian berlaku pabila dua motosikal dinaiki mangsa-mangsa dirempuh dari arah belakang oleh kenderaan utiliti sukan (SUK) Honda CR-V dipandu Norizan di Jalan Pantai berhampiran UiTM Dungun pada 9 Oktober lalu.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Azli Adlan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd