Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Proton Inspira Ditahan, Cetus Kemalangan Tiga Kenderaan

Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 28 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Plaza Tol Duta, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihak polis mengesan rakaman video kejadian yang tular di media sosial sebelum siasatan lanjut dijalankan.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11 malam membabitkan sebuah Proton Inspira, Proton Wira dan Toyota Hilux.

“Siasatan awal mendapati Proton Inspira yang dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan berhenti di lorong kanan lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Proton Inspira dilanggar Proton Wira

Beliau berkata, sebuah Proton Wira dipandu lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun kemudian melanggar kenderaan tersebut sebelum sebuah Toyota Hilux dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun turut merempuh Proton Inspira berkenaan.

“Akibat pelanggaran itu, Proton Inspira dan Toyota Hilux terbabas ke bahagian kiri jalan lalu melanggar penghadang jalan.
“Bagaimanapun, semua pemandu yang terlibat dilaporkan tidak mengalami kecederaan,” ujarnya.

Proton Inspira dilanggar Toyota Hilux

Mohd Zamzuri memaklumkan, Toyota Hilux mengalami kerosakan pada beberapa bahagian termasuk bumper belakang, sensor undur, bonet depan, bumper hadapan dan tangki air.

Katanya, Proton Wira pula rosak pada bahagian bumper, bonet, lampu hadapan kiri dan kanan serta fender manakala tahap kerosakan Proton Inspira masih dalam siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau, pemandu Proton Inspira telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Polis turut mengambil beberapa tindakan termasuk mendapatkan rakaman CCTV, merakam percakapan saksi, menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian serta mengambil gambar kenderaan terlibat,” tambahnya.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd