Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu & Dua Pekerja Keselamatan Maut, Padah Kereta Langgar Belakang Kren

Sebuah kereta yang dipandu oleh pemandu lelaki dan dua lagi pekerja keselamatan  dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian, tiga mangsa maut dalam nahas apabila kenderaan dinaiki  melanggar di bahagian belakang kren berhampiran Sekolah Tinggi Kuen Cheng di Jalan Syed Putra, Bukit Seputeh, Kuala Lumpur.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.46 pagi.

Selepas itu, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II K Segar berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga dinaiki mangsa terlibat melanggar belakang sebuah kren yang diletakkan di bahu jalan.

Katanya, kemalangan tersebut melibatkan tiga lelaki iaitu seorang pemandu dan dua pekerja keselamatan.

“Seorang pemandu lelaki didapati tersepit dalam kereta, manakala dua pekerja keselamatan yang menjaga kren turut cedera akibat dilanggar kereta terbabit,”ujarnya.

Ujarnya, dua mangsa iaitu pekerja keselamatan bertugas menjaga kren telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd