Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Axia Mengaku Tidak Bersalah Pandu Lawan Arus

Seorang lelaki berusia 26 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memandu secara melawan arus dalam satu insiden yang berlaku dua minggu lalu.

Menurut laporan Buletin TV3, tertuduh, S Thaanesh, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Mengikut pertuduhan, Thaansh didakwa memandu secara melulu dengan menyongsang arah di Kilometer 4, Jalan Gelang Patah – Ulu Choh sekitar jam 9 pagi pada 9 Mei lalu.

Foto: Buletin TV3

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000 bagi kesalahan pertama. Tertuduh juga berdepan kemungkinan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama sekurang-kurangnya lima tahun, manakala lesen percubaan boleh dibatalkan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Tasnim Saleh, mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 bersama seorang penjamin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut meohon tiga syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali, menyerahkan pasport kepada mahkamah, serta penggantungan lesen memandu sehingga kes selesai.

Peguam tertuduh, VS Selvanteran, merayu agar jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan menanggung ibu yang merupakan ibu tunggal.

Foto: Buletin TV3

Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan tertuduh mematuhi ketiga-tiga syarat tambahan seperti dicadangkan pihak pendakwaan.

Kes telah dihantar untuk sebutan semula pada 20 Jun depan bagi penyerahan dokumen.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan sebuah kereta Perodua Axia berwarna jngga dipandu melawan arus dalam kesesakan lalu lintas, seblum kenderaan tersebut dilihat dihimpit dua treler.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd