Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pemain Bola Sepak Terbaik Algeria Dipenjara Lapan Bulan Sebab Sokong Palestin

Pemain pertahanan Algeria, Youcef Atal dipenjara lapan bulan dan didenda 45,000 euro (RM228,149) oleh mahkamah Perancis kerana menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

Menurut laporan AP News, dia didapati bersalah mencetuskan kebencian kerana berkongsi mesej antisemitik pada Oktober di tengah-tengah ketegangan global berhubung perang Israel-Hamas.

Pemain Algeria dipenjara lapan bulan

Artikel lain: Padah Kibar Bendera Israel, Lelaki Dipenjara Enam Bulan & Denda RM500

Bukan itu sahaja, pemain yang berusia 27 tahun itu telah pun digantung oleh liga bola sepak Perancis selama tujuh perlawanan sepajang musim tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, dia yang juga bermain untuk pasukan kebangsaan Algeria, memohon maaf selepas menyiarkan hantaran tersebut dan turut memadamkan video  seorang pendakwah Palestin yang didakwa membuat kenyataan antisemitik.

Pejabat pendakwa raya Nice membuka siasatan awal pada Oktober yang menyasarkan Atal atas tuduhan mempertahankan keganasan dan menghasut orang ramai untuk membenci atau keganasan kerana agama tertentu.

Sekadar info, Atal telah menjaringkan 12 gol dalam 117 perlawanan sejak menyertai Nice pada 2018.

Sehingga kini, jumlah kematian Palestin yang direkodkan kepada lebih 22,000 dalam hampir tiga bulan peperangan di kawasan yang dikuasai Hamas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: AP News

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Spotlight

Penyanyi sensasi, Justin Bieber mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan konsep luar biasa di festival muzik terkenal, Coachella. Bawa laptop nyanyi lagu lama Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd