Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Padah Kibar Bendera Israel, Lelaki Dipenjara Enam Bulan & Denda RM500

Seorang pengusaha premis aksesori kenderaan dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan menggantung dan kibar bendera Israel pada bulan lalu.

Menurut laporan Kosmo, tertuduh yang dikenali sebagai Harma Zulfika Deraman, 30, mengaku bersalah di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli selepas pertuduhan dibacakan.

Kibar bendera Israel

Artikel lain: Premis Di Terengganu Kibar Bendera Israel Cetus Kemarahan Ramai

Difahamkan, hukuman tersebut akan dijalan selepas tertuduh seleas menjalani hukuman penjara lima tahun kesalahan menyalahgunaan dadah mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 di Penjara Marang di sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Harma Zulfika Deraman bertindak mempamer bendera Israel di tempat awam sehingga mengundang kemarahan ramai dan kesalahannya itu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Perbuatan itu di sebuah bengkel aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung pada pukul 1 petang, 19 Oktober lalu.

Sumber: Kosmo (Tengku Danish Bahri Tengku Yusoff)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd