Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Peletakan Jawatan Timbalan Presiden & CEO KDN FC Bukan Kerana Masalah Gaji

Peletakan jawatan Timbalan Presiden Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Datuk Zamri Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz tiada kaitan dengan masalah gaji.

Memetik laporan Sinar Harian, peletakan jawatan itu juga tiada kaitan dengan kekalahan pasukan itu dalam dua perlawanan awal.

Peletakan jawatan di KDN FC bukan masalah gaji

Peletakan Jawatan KDN FC

Foto: Berita Harian

Presiden KDN FC, Rozi Muhammad berkata mereka berdua telah membuat keputusan itu bagi memberikan tumpuan kepada tugasan hakiki masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Sharul Aimy Lakar Sejarah, Rangkul Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

“Ini adalah prosedur biasa. Sebenarnya, perancangan mereka untuk melepaskan jawatan telah dibuat sejak beberapa bulan lalu.
“Namun saya tidak benarkan sebab waktu itu urusan penjenamaan kelab perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan.

Peletakan Jawatan KDN FC

Tambah beliau, KDN FC akur dengan keputusan itu dan menyifatkan ia sebagai kehilangan besar kerana kedua-dua tokoh itu merupakan ‘tulang belakang’ membangunkan pasukan itu.

Sekadar info, Timbalan Presiden dan CEO KDN FC meletakkan jawatan masing-masing dan berkuat kuasa pada Ahad.

Menerusi kenyataan KDN FC, mereka melepaskan jawatan masing-masing kerana mahu memberikan tumpuan kepada urusan lain yang lebih utama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd