Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pelbagai Menu Dijual, Lelaki Warga India Buka Kedai Tomyam Selepas Pulang Dari Malaysia

Sebuah video tular di TikTok telah mencuri perhatian netizen apabila seorang lelaki warga India dilihat membuka sebuah kedai makan berkonsepkan menu Asia Tenggara di negara asalnya selepas pulang dari Malaysia.

Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @abg.is78 menunjukkan lelaki yang dikenali sebagai Kani dikatakan pernah bekerja di Malaysia sebelum dia pulang semula ke India.

Foto: FB @Kani Boy

Sekembalinya ke India, Kani mengambil inisiatif untuk membuka sebuah kedai makan yang diberi nama ‘Tomyam Malaysia’, menampilkan menu-menu popular dari Malaysia dan negara serantau.

Difahamkan, pembinaan kedai tersebut bermula sejak Jun lalu dan secara rasminya mula beroperasi pada 2 Julai 2025.

Menerusi video yang dikongsi, Kani dilihat dengan bangga memperkenalkan pelbagai menu di kedainya antaranya nasi lemak ayam goreng berempah, mee goreng, rojak, apam balik, sate, mee sotong dan tomyam sup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menariknya, Kani juga menunjukkan kebolehannya menebar roti canai seperti seorang yang sudah berpengalaman.

Melalui akaun Facebook miliknya @Kani Boy, dia juga sering memuat naik perkembangan mengenai perniagaan kecilnya itu dan sambutan yang diterima pula amat menggalakkan apabila ramai warga tempatan di India dilihat hadir untuk mencuba sendiri makanan Malaysia yang unik dan penuh rasa.

Usaha Kani bukan sahaja memperkenalkan cita rasa Malaysia ke luar negara, malah menjadi bukti bagaimana pengalaman bekerja di luar negara boleh membuka peluang baharu kepada individu yang bijak mengambil peluang.

Foto: FB @Kani Boy

Ramai yang memuji inisiatifnya dan menyifatkannya sebagai contoh inspirasi bagi mereka yang ingin membawa kelainan dalam dunia perniagaan makanan.

Sumber: TikTok @abg.is78

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd