Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelanggan Pilih Tunggu Di Kaunter, Sudah Diberi Nombor Giliran Menerusi Aplikasi – JPJ Terengganu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menyatakan tiada isu pelanggan terpaksa menunggu hampir lima jam bagi menyelesaikan urusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Memetik laporan Sinar Harian, pelanggan-pelanggan yang terpaksa menunggu lama di kaunter JPJ sebenarnya sudah diberikan nombor giliran melalui sistem janji temu dan nombor giliran bersepadu (JPJeQ).

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata sistem berkenaan telah memudahkan urusan pelanggan bagi mendapatkan slot janji temu mereka, lapor Sinar Harian.

Foto: The Sun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, terdapat segelintir daripada pelanggan yang memilih untuk menunggu di kaunter walaupun sudah mendapat nombor giliran mengikut tempoh ditetapkan.

Artikel lain: JPJ Perkenal ETesting Bermula April – Anthony Loke

“Pelanggan yang datang ke JPJ boleh mendapatkan nombor giliran menerusi JPJeQ bagi menyelesaikan urusan mereka.
“Sebagai contoh, jika datang pukul 10 pagi semasa waktu puncak maka keluar dalam sistem, pelanggan akan dilayan atau dapat selesaikan urusan di kaunter pada jam 3 petang.
“Semasa tempoh itu, pelanggan boleh rehat dan balik semula ke rumah atau selesaikan mana-mana urusan lain terlebih dahulu dan datang semula pada waktu yang ditetapkan melalui sistem.
“Namun ada diantara mereka yang memilih untuk menunggu. Punca kesesakan ini disebabkan pelanggan memilih menunggu di kaunter sedangkan mereka sudah mendapat nombor giliran,” katanya.

Foto: Harian Metro

Tambah Zulkarnain, sistem JPJeQ bertujuan untuk melancarkan urusan pelanggan namun pihaknya tidak melarang sekiranya ada pihak yang memilih untuk menunggu di kaunter tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Namun apabila mereka pilih nak menunggu maka timbul isu tersadai terlalu lama walaupun sebenarnya mereka sudah dapat waktu urusan yang ditetapkan.
“Memang sistem ini ada jarak masa, namun ia memberi peluang kepada orang ramai untuk mengatur jadual masing-masing.
“Orang ramai juga sudah dapat jangkaan masa dan mereka boleh sambung atau lakukan mana-mana urusan lain terlebih dahulu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zulkarnain turut mengakui berlaku kesesakan di kaunter JPJ beberapa hari lepas, namun mereka telah melakukan beberapa penambahbaikan bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Sebenarnya dalam tempoh dua hingga tiga hari ini memang saya akui ada kesesakan di kaunter JPJ malah saya sudah arahkan petugas di UTC pada Khamis supaya lakukan kerja lebih masa.
“Ini bermaksud mereka masuk pagi tapi terpaksa kerja lebih masa sehingga 9 malam untuk selesaikan isu-isu melibatkan kehadiran pelanggan yang sangat ramai pada waktu tersebut,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Nurfardlina Izzati Moktar)

+ posts

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd