Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pelajar USIM Cipta Sejarah, Terpilih Jadi Imam Terawih Di Masjid New Zealand

Seorang pelajar USIM cipta sejarah apabila terpilih menjadi imam solat terawih di Masjid New Zealand bermula 2 Mac hingga 26 Mac ini.

Memetik laporan dari Bernama, Pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Hanif Zakaria, 24 telah dipilih untuk  menjadi imam solat tarawih di Masjid Manukau Islamic Youth Centre di Auckland, New Zealand.

Pelajar USIM cipta sejarah, anggap satu penghormatan dipilih

Difahamkan, dia telahpun berlepas ke New Zealand pada 26 Feb menyatakan pemilihan tersebut merupakan satu penghormatan buatnya apabila perlu bersaing hebat sebelum berjaya melepasi temuduga.

“Saya sangat bersyukur. Ini adalah peluang keemasan buat saya, mungkin sekali seumur hidup,” katanya.

Pelajar USIM cipta sejarah

Pelajar USIM cipta sejarah di bumi asing

Dalam pada itu, Hanif berkongsi bahawa sepanjang berada di New Zealand, dia juga mengambil peluang untuk mengajar al-Quran kepada masyarakat setempat disamping dapat memastikan hafazannya lancar bagi memimpin solat terawih sepanjang Ramadan di sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelajar Program Qiraat berasal dari Kota Bahru ini menyatakan kali pertama menjadi imam di luar negara merupakan satu cabaran yang cukup berharga untuk dirinya.

“Sebagai wakil pertama USIM berkhidmat di New Zealand, saya berharap ini mampu menjadi perintis dan sebagai pembuka jalan kepada pelajar lain pada masa akan datang.
“Semoga selepas ini lebih ramai pelajar USIM dapat berkhidmat di sini dan kerjasama antara USIM dan masjid di New Zealand dapat diteruskan,” katanya.

Artikel lain: Tular Video Pegang Telefon Ketika Solat? Mufti Perjelas ‘Dibenarkan, Asalkan Tak Ganggu Khusyuk’

Di akhir kenyataannya, Hanif memaklumkan bahawa pengalaman yang dikecapi olehnya ini membuktikan bahawa al-Quran mampu membawa kejayaan tanpa sempadan selain menjadi duta kecil USIM dalam menyampaikan syiar Islam di luar negara.

Sumber: Bernama 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd