Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Terlibat Rogol Berkumpulan Dalam Kelas Didakwa Seksyen 375B Dan 377B KK – AGC

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk mendakwa beberapa individu yang disyaki terbabit dalam kes rogol seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka.

Pelajar rogol berkumpulan didakwa Seksyen 375B dan 377B

Dalam kenyataannya hari ini, AGC memaklumkan bahawa pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Melaka mengikut Seksyen 375B dan 377B Kanun Keseksaan [Akta 574], serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792].

rogol

“Selepas meneliti secara menyeluruh kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), didapati terdapat asas yang mencukupi untuk mendakwa individu-individu terbabit,” katanya.

Artikel lain: Lagi Kes Rogol Berkumpulan! Empat Termasuk Tiga Pelajar Sekolah Ditahan

Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan menunjukkan komitmen berterusan Jabatan Peguam Negara dalam memastikan setiap kes jenayah, terutama yang melibatkan mangsa bawah umur dan kesalahan seksual, ditangani dengan tegas berasaskan undang-undang yang berkuat kuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, pada 11 Oktober lalu, media melaporkan polis menahan reman empat pelajar lelaki Tingkatan Lima bagi membantu siasatan berhubung kes rogol bergilir-gilir terhadap pelajar perempuan Tingkatan Tiga dalam kelas di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah.

rogol

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata perintah tahanan reman terhadap keempat-empat suspek berusia 17 tahun itu, yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, SR Arthana, sehingga 16 Oktober.

Sumber: Facebook @Jabatan Peguam Negara Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd