Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Rebah Ketika Taklimat Latihan Rugbi Di Sekolah Di Telok Mas

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti latihan rugbi di sebuah sekolah menengah di Telok Mas, petang tadi.

Kejadian berlaku sekitar jam 6 petang

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, kejadian difahamkan berlaku sekitar jam 6 petang dimana mangsa dikatakan tiba-tiba rebah sewaktu sedang mendengar taklimat yang diberikan jurulatih selepas sesi latihan dihentikan untuk berehat.

Datuk saudara mangsa, Yahya Endut, 64, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak saudaranya itu sebelum bergegas ke Hospital Melaka dari Alor Gajah.

“Saya difahamkan, ketika kejadian cucu saudara yang dipelihara dari kecil itu baharu sahaja mengikuti latihan selama 15 minit sebelum berhenti berehat.
“Bagaimanapun, ketika mangsa sedang duduk, dia tiba-tiba rebah dan mengalami kesukaran bernafas,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.

Pelajar tiada sebarang masalah kesihatan

Menurut Yahya, mangsa yang tinggal di asrama sekolah itu tidak pernah mengadu mengalami sebarang masalah kesihatan sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia pun tak pernah ceritakan ada masalah di asrama sekolah sebab itu tak sangka boleh berlaku kejadian sebegini,” tambahnya.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Datuk Rahmad Mariman mengesahkan kejadian berkenaan.

Mangsa yang bersekolah di Telok Mas rebah semasa taklimat selepas latihan ragbi sebelum meninggal dunia,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superitendan Halim Abas turut mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kejadian berkenaan.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd