Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Pelajar Pengsan Dalam Tandas: Dua Remaja Akan Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

Dua pelajar sekolah berusia 16 dan 17 tahun akan dihadapkan ke Mahkamah Sungai Petani hari ini selepas disyaki terbabit dalam kejadian memukul seorang pelajar lelaki hingga mangsa ditemukan pengsan dalam tandas asrama pada 24 November lalu.

Pelajar pengsan dalam tandas selepas dipukul

Menurut laporan Berita Harian, kedua-duanya akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang.

pelajar pengsan dalam tandas

Foto: Sinar Harian

Kes pelajar pengsan dalam tandas ini tular selepas laporan awal media memaklumkan seorang pelajar lelaki ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas asrama sebuah sekolah, dipercayai akibat dipukul.

Artikel lain: Pelajar Tingkatan Empat Direman Tiga Hari, Didakwa Pukul Rakan Hingga Pengsan

Susulan itu, polis kemudian menahan empat pelajar untuk membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan dalam kenyataan terdahulu berkata, ibu mangsa menerima panggilan daripada pihak sekolah pada jam 9.05 pagi memaklumkan anaknya ditemukan pengsan.

pelajar pengsan dalam tandas

Foto: Sinar Harian

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan rawatan.

Menurut ibu mangsa, anaknya memaklumkan dia dipercayai dipukul oleh beberapa pelajar sekitar jam 12.10 tengah malam sebelum ditemui dalam keadaan pengsan.

Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku di dalam asrama sekolah dan puncanya dipercayai berkaitan dakwaan bahawa mangsa telah memburukkan rakan kepada salah seorang suspek.

pelajar pengsan dalam tandas

Foto: Sinar Harian

Suspek utama kemudian mengajak tiga rakannya untuk mencari mangsa sehingga berlaku pergaduhan.

Bagaimanapun, hanya dua pelajar akan dituduh di mahkamah hari ini manakala dua lagi dibebaskan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian ( Zuliaty Zulkiffli)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd