Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PAS Tegas Terus Pilih Amalan Demokrasi – Abdul Hadi

PAS menegaskan akan terus memilih amalan demokrasi sebagai wadah perjuangan politik walaupun menghadapi penyalahgunaan prinsip tersebut oleh golongan sekular.

Sering disalah guna golongan sekular, PAS tetap pilih amalan demokrasi

Amalan Demokrasi

Foto: Facebook Abdul Hadi Awang

Menurut laporan Sinar Harian, Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan golongan sekular sering menggunakan demokrasi sebagai alasan untuk mencabul, menipu dan melakukan salah laku tidak bermoral serta zalim terhadap Islam mengikut agenda Barat.

“Kita menjalani pilihan raya umum (PRU) (mengikut) dua peringkat, iaitu di negeri dan Persekutuan.
“Kini, kita berjaya menang di beberapa buah negeri yang diberikan bidang kuasa terbatas oleh Perlembagaan Persekutuan, yang berjaya meletakkan (kepentingan) Islam dan hak penganutnya, Melayu yang seluruhnya Islam serta bumiputera yang akrab dan orang bukan Islam yang tidak ekstrem,” katanya pada Selasa.

Beliau menambah bahawa kewujudan kuasa negara Islam yang berdaulat sepenuhnya adalah syarat wajib paling besar dalam mencapai objektif dakwah, jihad dan hijrah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pemuda PAS Sifatkan Vincent Tan Tiada Empati Terhadap Rakyat Di Negara Bergolak

“Biarkan kalangan sekular mentafsirkan agama mengikut bahasa mereka. Adapun kita wajib mentafsirkan makna agama Islam dengan bahasa al-Quran (al-din).
“Tunaikan kewajipan yang ada di bawah bidang kuasa negeri dalam aspek hukum syariat yang merangkumi kerja-kerja kebajikan dan pelaksanaan Islam secara berperingkat,” ujarnya.

Ahli Parlimen Marang itu turut menyatakan bahawa PAS telah berjaya menyelesaikan masalah birokrasi pentadbiran dan salah laku rasuah, penipuan dan kezaliman.

“Kejayaan bersama Islam pasti diberkati ALLAH dengan diberikan pertolongan-Nya, lantas menarik sokongan dan dukungan rakyat yang lebih berkesan daripada bahasa ucapan dan tulisan, walaupun banyak cabaran dan sekatannya,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Faizul Haika Mat Khazi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Media sosial Thailand kecoh pada 11 Jun apabila pewaris jutawan, Psi Scott, menjadi tumpuan selepas menghadiri sidang media di luar mahkamah yang berlangsung dalam...

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd