Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Papagomo Ditahan Polis Selepas Aibkan Sultan Ibrahim

Pempengaruh politik, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dilaporkan telah ditahan pihak polis kerana membuat kenyataan yang mengaibkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menerusi satu laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan laporan mengenai tangkapan yang dibuat ke atas lelaki terbabit selepas dia memuat naik satu video berdurasi dua minit 46 saat yang dilihat mengaibkan Sultan Ibrahim.

Foto: SelangorKini

“Tangkapan dilakukan susulan laporan polis yang diterima berkaitan video berkenaan. Individu berkenaan ditahan di kediamannya di Setapak bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang membuat permohonan reman ke atas Papagomo berkenaan kes tersebut dan akan disiasat mengikut akta Hasutan, kerena telah mengeluarkan satu kenyataan mengaibkan Sultan Ibrahim di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 AKM 1998,” ujarnya.

Foto: Google

Sementara itu, Papagomo menerusi satu hantaran video berdurasi dua minit 46 saat dilihat telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu KK Mart serta mempersoalkan tindakan Sultan Ibrahim berjumpa dengan pemilik KK Mart, Chai Kee Kan di Istana Negara pada 3 April lalu.

Selain itu, Papagomo juga dilihat membuat tuduhan menyatakan Sultan Ibrahim yang bertanggungjawab mengarahkan Chegu Bard, 45 tahun dituduh di mahkamah di bawah Akta Hasutan.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd