Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Cinta Dua Budaya, Ong Yew Sin Umum Bertunang Dengan Aya Ohori!

Ong Yew Sin Umum Bertunang

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin umum bertunang dengan bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu.

Berita gembira itu dikongsikan kedua-dua pemain itu di platform Instagram pada awal pagi Khamis.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua mereka berkongsi khabar gembira berhubung ikatan pertunagan tersebut kepada orang ramai terutama peminat yang sudah lama ternanti khabar gembira.

“Dia (Ohori) kata YA!
“Tiada yang lebih gembira buat kami untuk berkongsi perkara ini kepada dunia.
“Walaupun berlainan kewarganegaraan, budaya dan gaya hidup, namun kami telah belajar menyesuaikan diri.
“Menerima perbezaan dan memahami budaya masing-masing sepanjang tahun-tahun bersama. Hari ini, perjalanan selamanya untuk kami bermula,” kata beliau menerusi hantaran.

Ong Yew Sin Umum Bertunang

Artikel lain: Selamat Tinggal Arena Badminton, Peng Soon-Yee See Umum ‘Gantung Raket’

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkembangan hubungan percintaan Yew Sin dan Ohori sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat badminton tanah air selepas kedua-dua mereka dilihat kerap meluangkan masa bersama.

Namun, masing-masing tidak mengesahkan status hubungan mereka sehingga menimbulkan beberapa persoalan dalam kalangan peminat.

Sekadar info, Yew Sin, 30, merupakan gandingan Teo Ee Yi, di mana mereka memenangi pingat perak Kejohanan Badminton Asia pada 2023 dan pingat gangsa Kejohanan Dunia pada 2021.

Sementara itu, Ohori, 28, mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton pada penghujung tahun lalu, di mana dia ketika itu sedang menduduki ranking ketujuh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: IG Ong Yew Sin

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd