Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Olimpik Paris: Lawan ‘Biologi Lelaki’, Peninju Itali Tarik Diri Selepas 46 Saat

Bintang tinju Itali, Angela Carini menarik diri hanya selepas 46 saat dalam perlawanan dengan Imane Khelif dari Algeria pada kejohanan Sukan Olimpik Paris semalam.

Menurut satu laporan The Independent, Carini berkata, dia memilih menamatkan pertarungan tersebut selepas menerima dua tumbukan selain untuk menyelamatkan nyawanya kerana yakin sedang berdepan dengan lawan yang secara biologi adalah lelaki.

Foto: X GiveSendGo

“Saya tidak boleh teruskan. Hidung saya amat sakit dan saya berkata, ‘Cukup’. Adalah lebih baik untuk mengelak daripada meneruskannya. Hidung saya berdarah selepas tumbukan pertama.
“Ia boleh menjadi pertarungan terhebat saya tetapi dalam situasi itu, saya juga perlu menyelamatkan nyawa saya. Saya perlu melakukannya, saya tidak rasa takut, saya tidak pernah takut di gelanggang atau ditumbuk.

Foto: gbnews.com

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya selalu bertarung bersama pasukan kebangsaan. Saya bertarung dengan abang saya. Saya sentiasa berlawan dengan lelaki, tapi saya rasakan hari ini ia sangat sakit,” katanya.

Petinju berusia 25 tahun itu menjerit ‘ini tidak adil’ sebelum rebah ke kanvas ketika impiannya untuk memenangkan pingat emas dalam kejohanan tinju kategori 66kg wanita itu pada Olimpik dunia itu lebur.

Sementara itu, Khelif adalah petinju yang pernah dilarang menyertai Kejohanan Dunia wanita di New Delhi selepas gagal ujian testosterone dan tidak memenuhi kriteria kelayakan Persatuan Tinju Antarabangsa pada tahun lalu.

Foto: gbnews.com

Kelayakan Khelif menyertai sukan Olimpik Paris menjadi aksi paling kontroversi dalam sejarah Olimpik selain menerima pelbagai kritikan daripada beberapa atlet Olimpik dan bekas Perdana Menteri, Liz Truss.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Independent (Oliver Browning)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd