Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Olimpik Paris: Atlet Muntah 10 Kali Selepas Berenang Dalam Sungai Seine

Bintang triatlon Kanada, Tyler Mislawchuk dilaporkan muntah teruk selepas menyelam di dalam Sungai Seine untuk menamatkan saingannya dalam acara Sukan Olimpik Paris 2024 pada Rabu.

Menurut satu laporan Bored Panda, Mislawchuk yang berada di tempat kesembilan acara itu tiba-tiba muntah dengan sangat teruk di seluruh trek dan sempat dilihat melalui kaca televisyen.

Foto: X Ifeng News

Mislawchuk baru sahaja melintasi garisan penamat selepas berenang hampir 1.6 kilometer di Sungai Seine yang merentasi kota Paris apabila insiden itu berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertandingan triatlon itu memerlukan peserta untuk menyertai semua aktiviti dalam satu masa yang melibatkan berenang 1.5 kilometer, kayuhan basikal sejauh 40 kilometer dan larian terakhir sejauh 10 kilometer.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak menyesal menyelam di sungai berkenaan walaupun terpaksa muntah 10 kali kerana tujuannya adalah untuk mendapatkan pingat emas, dan bukanlah berada di tempat 10 teratas tersebut.

Foto: Bored Panda

Pingat emas bagi acara itu menjadi milik Alex Yee dari Great Britain selepas berjaya memintas pelumba New Zealand, Hayden Wilde pada segmen akhir perlumbaan dengan catatan masa 1 jam, 43 minit dan 33 saat dan merupakan emas kelima yang diperoleh dalam pasukannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Sungai Seine merupakan kawasan larangan untuk berenang sepanjang tempoh lebih 100 tahun kerana air sungai yang tercemar dan mengandungi kandungan tinggi bakteria berbahaya, E.coli, yang mana sekiranya tertelan, orang awam berisiko dijangkiti pelbagai penyakit.

Foto: Bored Panda

Pentadbiran tempatan negara itu telah membelanjakan kira-kira AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) untuk menjadikan air Sungai Seine selamat semasa melakukan persiapan untuk temasya sukan dunia tersebut.

Kualiti air di sungai tersebut menjadi memburuk selepas hujan lebat di Paris pada hujung minggu, sehingga memaksa penganjur untuk menjadualkan semula perlumbaan yang sepatutnya berlangsung pada 30 Julai, Selasa ke hari berikutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bored Panda (Ugnė Lazauskaitė)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd