Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

OKU Penglihatan Dari Kelantan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa

Qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 25, telah dinobatkan sebagai johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M yang telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam tadi.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Qayyim yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Kelantan telah meraih markah sebanyak 94.96 peratus daripada juri.

Manakala Sara Belmamoun dari Maghribi pula dinobatkan sebagai johan tilawah kategori qariah. Bahkan,  Omar Toure dari Guinea dan Tebani Cheyma Enfal dari Algeria dinobatkan sebagai johan bagi kategori hafazan lelaki dan wanita.

Selain wang tunai, sijil dan piala iringan, keempat-empat mereka membawa pulang hadiah emas sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Ahmad Fadhlullah Adnan)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd