Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Nilai Pasaran Jauh Berbeza, Prestasi Arif & Luqman Jadi Perhatian Liga M

Dua anak muda dengan kisah perjalanan berbeza, namun musim 2025/2026 menyaksikan nama Arif Aiman Hanapi dan Luqman Hakim kembali menjadi bualan hangat penyokong bola tempatan yang mahu melihat siapa sebenarnya ‘permata’ bola sepak Malaysia. Selain kemunculan tiga kelab baharu dalam Liga Super, pertemuan dua bakat ini sudah tentu menjadi tumpuan utama.

Nilai pasaran Arif cecah RM5.9 juta

Menurut laporan Harian Metro, Arif Aiman terus menjadi nadi Harimau Selatan dengan nilai pasaran mencecah €1.2 juta (RM5.9 juta) menurut Transfermarkt, statusnya kini sebagai pemain tempatan termahal jelas tidak datang dengan mudah kerana prestasinya di Sepanyol membuktikan keupayaan sebenar apabila dia bukan sahaja menjadi tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam siri pra musim malah turut diberikan lilitan kapten.

Di peringkat antarabangsa, dia kekal mengisi kesebelasan utama Harimau Malaya, meletakkan dirinya di kelas tersendiri.

nilai pasaran

Foto: Harian Metro

Berbeza dengan Arif, Luqman Hakim menempuh laluan yang jauh lebih mencabar selepas lima tahun merantau dari Belgium ke Iceland dan Jepun sebelum pulang menyarung jersi Negeri Sembilan FC.

Artikel lain: CAFA Kesal Malaysia Tarik Diri Saat Akhir, Tegaskan Tak Pernah Ubah Tarikh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nilai pasaran semasanya sekitar €50,000 (RM247,000) mungkin jauh ketinggalan dari segi angka namun pengalaman luas yang dibawa dari pentas antarabangsa menjadikan kisahnya tidak boleh dipandang sebelah mata.

Musim ini menjadi pentas penting buat Luqman membuktikan nilainya lebih daripada sekadar angka di atas kertas sambil Arif pula berpeluang mengukuhkan reputasinya di hadapan ribuan penyokong. Persoalannya, mampukah Luqman bangkit mencabar atau Arif akan terus meninggalkan pesaing jauh ke belakang.

nilai pasaran

Foto: Carian Google

Apa yang pasti, Liga Malaysia musim ini bakal menjadi medan penentuan dua ikon muda bola sepak negara yang masing-masing membawa harapan besar buat Malaysia di pentas lebih tinggi.

Sumber: Harian Metro (Syazwan Msar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Sosial

Isu pengurusan pelarian etnik Rohingya kembali mencuri perhatian apabila dakwaan kos rawatan kesihatan yang ditanggung kerajaan mencecah sekitar RM30 juta setahun di hospital kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd