Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Neymar Sertai Al-Hilal, Bakal Terima Gaji RM58.4 Juta Sebulan!

Bintang bola sepak Brazil, Neymar kini menjadi pemain untuk kelab Liga Pro Saudi Al Hilal selama dua tahun dengan bayaran yang cukup lumayan.

Menurut laporan Harian Metro, pemain bola sepak 31 tahun itu bakal menerima gaji berjumlah 60 juta euro (RM807 juta) dimana £2.5 juta (RM14.60 juta) untuk seminggu.

View this post on Instagram

A post shared by PUMA Football (@pumafootball)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan juga, Neymar bakal menjalani ujian perubatan di Paris hari ini dan dijangka tiba di Riyadh pada Rabu sebelum diperkenalkan kepada penyokong di Stadium King Fahd.

Pada Sabtu ini juga Al Hilal yang dikendalikan pengurus Portugal Jorge Jesus akan menentang Al Fayha dan Neymar akan mengenakan jersi bernombor 10.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by NJ 🇧🇷 (@neymarjr)

Sekadar info, Neymar terlepas untuk beraksi di pembukaan liga PSG menentang Lorient kelmarin disebabkan jangkitan virus yang telah menjejaskan kesihatannya.

Kontrak pemain Brazil itu bersama PSG sehingga 2025 dan meledak 118 gol dalam 173 penampilan, meraih beberapa trofi termasuk lima gelaran Ligue 1 tetapi tidak lagi menjadi tonggak utama di dalam skuad Luis Enrique.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd