Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Negeri Sembilan Umum Larangan Minuman Keras Di Lokasi Awam

Kerajaan Negeri Sembilan menguatkuasakan larangan serta-merta terhadap aktiviti minum minuman keras di kawasan rekreasi awam seperti taman permainan, padang, taman rekreasi dan pantai, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata langkah ini diambil bagi menjaga sensitiviti masyarakat yang menggunakan kawasan tersebut untuk tujuan riadah dan kekeluargaan.

minuman keras

Foto: Carian Google

“Larangan ini bertujuan memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung. Banyak aduan diterima berhubung individu yang minum arak secara terbuka serta membuang bekas minuman sewenang-wenangnya,” katanya.

Artikel lain: ADUN Negeri Sembilan Sebulat Suara Laksana Pelupusan Anjing Liar Di Penempatan Majoriti Melayu

Beliau menjelaskan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama polis akan menjalankan penguatkuasaan, dan mereka yang melanggar arahan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM2,000.

“Kita tidak menghalang sesiapa untuk minum minuman keras, tetapi ia mestilah dilakukan di premis yang dibenarkan seperti restoran atau kawasan tertutup, bukan di tempat awam,” ujarnya.
minuman keras

Foto: Carian Google

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar mendedahkan bahawa aduan yang diterima PBT termasuk gangguan bunyi bising, pergaduhan serta insiden botol minuman keras yang dipecahkan dan ditinggalkan di lokasi awam.

minuman keras

Foto: malaymail

“Terdapat kes kanak-kanak dan orang awam yang tercedera akibat serpihan botol.
“Kawasan seperti padang, taman dan pantai sepatutnya menjadi tempat selamat untuk masyarakat bersenam dan beriadah, namun kini ramai enggan datang kerana ketidakselesaan itu,” jelasnya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd