Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Najib Razak Sambung PhD Dalam Bidang Ekonomi

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang dilaporkan bakal mengisi masanya dengan menyambung pelajaran di peringkat pasca siswazah (PhD).

Menurut sumber Malaysiakini, Najib telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang ekonomi.

Malah, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia bukanlah perkara luar biasa bagi seseorang banduan melanjutkan pelajaran ketika menjalani hukuman penjara.

“Najib kini mengisi masanya dengan melanjutkan pelajaran di peringkat pasca siswazah.
“Di Penjara Kajang, ada juga dalam kalangan banduan yang berjaya menamatkan pelajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD). Ramai tidak mengetahuinya”ujar Saifuddin Nasution.

Najib tak pernah terima akses internet

Katanya lagi, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan itu tidak akan diberikan akses internet atau komputer riba. Bagaimanapun, mereka akan cuba sedaya upaya menyediakan kemudahan untuknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami akan cuba sedaya upaya untuk memudahkan, seperti untuk dia mengikuti seorang pensyarah,”katanya lagi.

Hantaran di media sosial bukan dibuat oleh Najib

Dalam pada itu, Saifuddin memberitahu segala hantaran yang dikongsikan di media sosial Najib bukanlah dilakukannya olehnya, sebaliknya pasukan medianya.

“Dia ada pasukan media sendiri, ini bukan perkara luar biasa, ia (akses kepada akaun media sosialnya) boleh berfungsi selagi ada nama pengguna dan kata laluan.
“Tiada undang-undang yang menghalang dia daripada memberi pendapat,”jelasnya.

Katanya lagi, ia sama jugalah dengan segala hantaran dikongsikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu berada di penjara suatu ketika dahulu.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd