Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Najib Bebas? Dr Zaliha Minta Orang Ramai Tunggu Kenyataan Rasmi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Dr Zaliha Mustafa minta orang ramai tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan mengenai pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Astro Awani, Mesyuarat Lembaga Pengampunan telah berlangsung di Istana Negara, semalam namun, agenda dalam mesyuarat tersebut tidak boleh dimaklumkan secara terperinci memandangkan ia adalah maklumat sulit.

Dr Zaliha minta tunggu kenyataan rasmi

“Tunggu kenyataan rasmi Lembaga (Pengampunan),” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri majlis di ibu kota, pada Selasa.

Difahamkan, mesyuarat itu merupakan yang terakhir dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Al-Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Artikel lain: Najib Terima US$681 Juta Disyaki Wang Rasuah Untuk Beli Undi Pada PRU13

Advertisement. Scroll to continue reading.

Usul mengenai pembebasan Najib, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun bermula 23 Ogos, 2022, turut dimasukkan dalam agenda mesyuarat tersebut.

Umum sedia maklum bahawa bekas pemimpin yang berusia 69 tahun  sedang menjalani hukuman di penjara Kajang susulan kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International berjumlah RM42 juta tersebut.

Selain itu, beliau juga sedang dibicarakan untuk pertuduhan lain berkaitan skandal 1MDB.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi memberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak terima US$681 juta daripada Tanore Finance Corporation disyaki wang rasuah yang digunakan oleh bekas Perdana Menteri itu untuk membeli undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Advertisement. Scroll to continue reading.

sumber: Astro Awani (Firdaus Azil)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd