Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Nahas Ford Mustang: Pasangan Terkorban Baru Menderma Ke ‘Dana Liang Lahad’

Pasangan suami isteri yang maut dalam nahas tragis membabitkan kereta Ford Mustang di Kilometer 13 Jalan Segamat-Kuantan petang semalam rupa-rupanya antara penyumbang aktif kepada ‘dana liang lahad’ bagi urusan pengebumian orang awam.

Pasangan terlibat nahas Ford Mustang perderma aktif

Mohd Izuddin Harmaini, 51, dan isterinya Nur Syamimi Rosli, 36, pemilik kedai emas di Pekan, Pahang, telah menyumbang lebih RM7,000 kepada Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) sebelum insiden menyayat hati itu berlaku.

Menurut Pengasas UKVJ yang dikenali sebagai Mr Wan Cai, pasangan tersebut merupakan antara penderma tetap dana berkenaan yang disalurkan khusus untuk menguruskan jenazah tiada waris atau waris yang tidak mampu.

“Daripada dana itu, kita akan guna untuk menguruskan jenazah yang tiada waris, jenazah tidak dituntut atau pun waris yang tidak mampu membayar kos pengurusan,” katanya.

Pasangan terlibat nahas Ford Mustang baru derma RM7,000

Tambahnya, dana yang baru dilancarkan hampir setahun lalu itu sering mendapat sumbangan daripada kumpulan peniaga emas termasuk arwah suami isteri tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apabila kita dapat tahu tragedi menimpa mereka, pasukan kami di Pahang terus menggerakkan van untuk membawa pulang jenazah dari Hospital Segamat ke Pekan.
“Kami bertolak tengah malam tadi dan tiba jam 5 pagi untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Jambu, Pekan,” katanya lagi.

Pasangan itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat ketika kenderaan Ford Mustang dipandu Mohd Izuddin terbabas dan merempuh dua tiang elektrik dalam hujan lebat. Mereka disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah.

ford mustang

Artikel lain: Pasangan Pemilik Kedai Emas Sempat Bayar Gaji Staf Sebelum Maut Kemalangan

Jenazah keduanya dibawa ke Hospital Segamat untuk bedah siasat sebelum dikebumikan pagi tadi. Pemergian pasangan yang ringan tulang membantu urusan akhirat orang lain ini nyata meninggalkan kesan mendalam kepada ramai pihak.

Sumber: Facebook Mr Wan Cai Official
Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi semalam. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd