Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pasangan Pemilik Kedai Emas Sempat Bayar Gaji Staf Sebelum Maut Kemalangan

Kemalangan tragis meragut nyawa pasangan suami isteri yang juga pemilik kedai emas Mimiey D’Jewels di Pekan, Pahang, apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang elektrik di Jalan Segamat-Kuantan, Isnin lalu.

Pemilik Kedai Emas

Pasangan pemilik kedai emas maut selepas Mustang dinaiki rempuh tiang

Menurut perkongsian salah seorang pekerja menerusi akaun TikTok rasmi perniagaan itu, majikannya, Nur Syamimi Rosli, 36, sempat memasukkan duit gaji semua staf sebelum kemalangan berlaku. Suaminya, Mohd Izuddin Harmaini, 51, turut maut di lokasi kejadian.

“Dia (Syamimi) sempat memasukkan duit gaji pekerja dan selepas itu dia diam begitu sahaja.
“Banyak yang menjadi tanda tanya kenapa akhir-akhir ni dia selalu membuat posting video ayat sedih serta menyentuh hati semua.
“Minta jasa baik semua, kita sama-sama sedekahkan surah al-Fatihah kepada arwah bos saya dan suami tercinta,” luah pekerja berkenaan,” ujarnya.

Pasangan pemilik kedai emas dikenali sebagai majikan berhati mulia

Posting itu mencetuskan rasa sebak dalam kalangan warganet, rata-ratanya menyifatkan pasangan ini sebagai majikan berhati mulia yang disayangi staf dan pelanggan.

Difahamkan, Syamimi bukan sahaja mengusahakan kedai emas, malah turut memiliki LeyParking Cafe.

Advertisement. Scroll to continue reading.

pemilik kedai emas

Artikel lain: Wanita Maut, Adik Parah Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Kepala Batas

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah menyatakan Ford Mustang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan akibat hujan lebat sebelum terbabas dan merempuh dua tiang elektrik.

“Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua mangsa parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, Muhd Hazim Abd Razak memaklumkan pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: TikTok LeyParking Cafe, Kosmo! (Mohd Sharkawi Londing)
Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang banduan yang dijangka dibebaskan bulan depan terpaksa menyambung hukuman penjara selepas dijatuhi hukuman tambahan oleh Mahkamah Sesyen di Parit Raja, hari ini, kerana...

Lokal

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, awal pagi tadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd