Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas Bas UPSI Ragut 15 Nyawa, Lesen PSV Pemandu Digantung Serta Merta!

Susulan nahas bas meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas terbabit digantung serta-merta oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Lesen digantung susulan nahas bas UPSI

Memetik laporan daripada Buletin TV3, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli menyatakan tindakan tegas itu diambil di bawah Seksyen 56(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebagai langkah proaktif demi kepentingan awam dan keselamatan jalan raya.

“Penggantungan lesen ini akan kekal berkuat kuasa sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya.

JPJ sudah buka kertas siasatan berhubung nahas bas UPSI

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan JPJ telah membuka kertas siasatan terhadap syarikat pengendali bas serta pihak yang menerima pajakan permit operasi kenderaan terbabit.

Tindakan tersebut membuktikan JPJ komited memastikan keselamatan pengguna jalan raya agar terus terpelihara dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang sehingga membahayakan nyawa orang awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, insiden tragik pada 9 Jun lalu melibatkan sebuah bas membawa 42 pelajar UPSI yang sedang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus utama pelajar-pelajar UPSI benar-benar mengejutkan rakyat Malaysia.

Nahas yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak itu menyebabkan 13 maut di tempat kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Pemandu bas, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, telah didakwa di Mahkamah Majistret Gerik dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian 15 pelajar.

nahas bas

Artikel lain: Nahas UPSI: Pemandu Bas Mengaku Tak Bersalah Pandu Secara Berbahaya, Melulu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara dan denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Sumber: Buletin TV3 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd