Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Musa Hassan Mohon Privasi Dihormati, Peguam Dah Buat Laporan Polis

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta orang ramai untuk menghormati privasi dan tidak mencampuri urusan keluarganya.

Menurut laporan Kosmo! Online, ia susulan penularan beberapa video klip memaparkan seorang lelaki mirip wajahnya sedang bertengkar dengan seorang wanita di dalam sebuah rumah.

“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur. Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.

Sementara itu, memetik laporan Malaysia Gazette, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang peguam bernama Ahmad Faruq Sidik yang mewakili Musa.

“Pengadu seorang peguam yang beramal di tetuan Hisham & Partners yang beralamat […] membuat laporan ini bagi pihak anakguam pengadu bernama Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj Hassan […] dimana anakguam pengadu pada 28/02/2023 jam lebih kurang 1630 hrs.
“Beliau telah datang berjumpa isteri beliau bernama Elly Efizahwati Binti Abdul Jalil […] bertujuan ingin berjumpa isteri dan anak beliau serta menyerahkan wang sebanyak RM5,000.00 untuk perbelanjaan dan juga membeli buku anaknya disekolah,” tulis laporan tersebut.

Berdasarkan laporan itu lagi, apabila Musa sampai ke rumah isterinya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, wanita terbabit meluahkan rasa tidak puas hati kerana menerima surat daripada peguam syariah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Isteri beliau telah mengeluarkan telefon dan ingin merakam video anakguam pengadu tanpa tujuan yang pasti dan walaupun anakguam pengadu melarang isteri beliau daripada merakam.
“Isteri beliau masih berbuat demikian menyebabkan anakguam pengadu merampas telefon tersebut,” kata laporan berkenaan lagi.

Sumber: Kosmo! Online (Azmi Nordin), Malaysia Gazette (Muhammad Azizul Osman)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd